Barangkali.Ramai antara kita memandang sujud "hanya" sekadar
salah satu rukun dalam solat. Jika tidak dilakukan maka-nya solat
itu terbatal dan wajib diulangi. Ya benar. Namun, sujud bukanlah
itu sahaja. ia malah lebih dari itu. Sujud itu merupakan salah
satu masa yang diperkenankan doa kerana saat itu kita dekat
dengan Allah. Sehingga nabi menyebut fa aksirud du'a(maka
perbanyakkan doa). Bukan menggunakan ayat penyata tetapi
ayat perintah yang menunjukkan kepentingannya. Jika dibuka
kitab nuz-hatul muttaqin,yakni salah satu kitab syarah riyadus
solihin, yang ditulis oleh beberapa ulama' syria antaranya
Dr.Mustofa al-khin, Dr.Mustofa Bugho dan lain-lain...,
Dalam komentar tentang hadis,
Saidatina Aisyah Ra berkata Rasulullah saw, biasa solat
sebelas rakaat rakaat pada waktu malam, lama
setiap sujudnya kira-kira sama dengan seorang
yang membaca 50 ayat,sebelum mengangkat
kepalanya.....(HR bukhari)
Para Ulama' ini (semoga Allah memberkahi mereka) berkata,
Kita dianjurkan memanjangkan sujud ketika melakukan
solat malam,kerana saat sujudlah seorang hamba lebih
dekat kepada Allah,dan sujud merupaka ekspresi ketaatan
dan kepatuhan. Kerana itulah sujud hanya diperbolehkan
kepada Allah.....
wallahu'alam...
Sujud bukan sekadar gerakan
Posted by Syed Alhafiz 0 comments
Bukan takut faqir
Posted by Syed Alhafiz 0 comments
Doa Nabi Musa a.s (part 1)
Saya tidak mengenal kekaguman selain daripada menatap
keindahan kisah dalam al-quran.Bukan kisah dongengan
"fairy tales" yang hanya layak menjadi bedtime story.
Ianya kisah yang memerlukan renungan(tadabbur) untuk
dikutip seberapa banyak ibrah(tauladan) untuk di aplikasi
dalam hidup.Saya cuma ingin membawa anda untuk
merenung satu doa yang cukup ringkas. Doa yang
dituturkan oleh Nabi Musa a.s dalam surah Al-qasas
usai membantu dua orang wanita untuk memberi minum
haiwan ternakan mereka.
رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلۡتَ إِلَىَّ مِنۡ خَيۡرٍ۬ فَقِيرٌ۬
Rabbi Inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir
Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa
sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”.
(Al-Qasas 28:24)
Bersambung.....
Posted by Syed Alhafiz 0 comments