Larangan berburuk sangka

Segala pujian yang bagi Allah 
tuhan pencipta seluruh alam.
Salawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad saw,
keluarga dan sahabat baginda,
serta orang yang mengikuti
 jalan ini hingga hari kiamat.

Islam melarang umatnya untuk berburuk sangka dan menuduh seseorang tanpa sebarang bukti yang shahih.Umat islam mestilah saling  mempercayai antara satu sama lain, setia dan ikhlas. Ayat swt berfirman,
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ 
Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari 
prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu
adalah dosa.( Al-hujurat, 49:12)



seseorang muslim tidak boleh mempunyai sangkaan yang buruk
terhadap saudaranya tanpa bukti dan alasan yang jelas.

Dalam satu hadis rasulullah saw bersabda.,
takutlah kalian dengan persangkaan kerana sangkaan adalah 
berita paling dusta.(HR Bukhari)
wallahu'alam.


rujukan : Al halal wal haram fil islam , Dr Yusuf Al qaradawi.
terbitan jahabersa.

0 comments:

There was an error in this gadget
 
Copyright © 2007 | Diseñado por Blog and Web