Seeking lailatul Qadr

Sesungguhnya kami telah menurunkan(Al-quran) pada malam kemulian.
Dan tahukah kamu apakah malam kemulian itu? malam kemuliaan itu lebih
baik dari seribu bulan.pada malam itu turun Malaikat-malaikat dan malaikat
jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. malam itu(penuh)
kesejahteraan sampai terbit fajar ( surah Al-Qadr, ayat 1-5)

The Meaning of Liberty: 31/08/2010



The Meaning of Liberty 
By: Dr. Omar Zaid, M.D , Research Fellow, ISTAC, IIUM
  • Does Islam promote liberty in humanity?
  • If yes, then, why are Muslim women “oppressed”?
  • Why are people “forced” to stay a Muslim, even when they no longer want to?
** Find out the answers to these questions and more during the talk **
Date    : 31st August  2010 (Tuesday)
Time   : 10 am – 12 noon
Venue : IIS Hall, No 1-5-2, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11,
            Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
--- More info? Please call 03-42604160 ---
All are welcome, Muslims & Non Muslims. Bring along your family and friends.
 *** THIS PROGRAM IS FREE ***

Lapang dada dalam khilaf & ta'adud jamaah

Hampir beberapa jam berdiskusi bersama seorang junior. Pelbagai masalah
dibangkitkan. Dan persoalannya tetap sama. Perkara-perkara khilaf. Diskusi
yang tidak pernah dan tidak akan selesai sejak dahulu hingga sekarang. Saya Kira 
yang paling penting ialah berlapang dada. Khilaf dalam feqah. Khilaf dalam method 
pengajaran tauhid.Jangan sampai memecahbelahkan kesatuan hati kita, umat islam.
Ini beberapa usul yang penting untuk dihayati.
- Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
- Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari empat 
  mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
- Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
- Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
Ini antara yang digariskan oleh Ustaz Hasan Al-banna dalam usul isyrin.
Pada penghujung diskusi.Kami sempat berkongsi perihal jemaah. Hingga
terpacul dari mulut junior, abang ikut Jemaah mana? Adik, abang nak bawa islam.
Dan selagi yang dibawa itu islam dan sunnah dengan kefahaman yang benar.
Silakan adik untuk ikut.Cuma satu pesanan abang. Jemaah apa saja yang
adik bakal pilih nanti kuncinya ialah berlapang dada.Dan jangan sampai kita merendah-
rendahkan orang lain. Ingat. Nahnu Muslim Qabla Kulli Syai –
Kita adalah Islam sebelum apa pun. Yang patut kita banggakan dan kita
seru adalah kepada islam.Wallahu'alam. Semoga Allah permudahkan.

Doa agar bertaqwa dan disucikan hati

Bismillah. Tazkiyatunnafs atau Menyucikan jiwa merupakan kewajipan setiap individu.

Allah swt menyebut pada banyak tempat di dalam al-quran akan keuntungan orang yang 
mensucikan jiwanya.Antaranya dalam surah as-syams 91:9-10. Allah swt berfirman,
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu"
Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir RH(w774H) dalam tafsir al-quran al-'azim erti ayat ini ialah 
sungguh beruntung orang yang mensucikan jiwanya dengan cara taat kepada Allah swt
dan membersihkan jiwanya dari akhlak-akhlak rendah lagi hina.
Selanjutnya Allah swt berfirman Waqad khaaba man dassaha"dan sungguh rugi
orang yang mengotorinya". Dassaha ertinya melemahkan jiwanya sehingga pelaku
maksiat terus saja melakukan maksiat dan tidak mahu taat kepada Allah swt
--
Doa agar Allah menjadikan diri kita orang yang bertaqwa dan disucikan hati.

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا
"Ya Allah, limpahkanlah ketaqwaan kepada jiwaku ini dan sucikanlah ia.
Engkaulah
 sebaik Dzat yang menyucikannya. Engkaulah pemiliknya dan pelindungnya"
[HR Muslim: 2722, Ahmad: 19308]
--
Rujukan :-
1- Tafsir Ibnu katsir juz 'amma, terbitan mardhiyah press.
2- Kitab Misbahul munir terbitan pustaka Ibnu katsir jilid 9.

Syaitan dirantai nafsu mengintai


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah,segala puji dan puja kita panjatkan kepada Allah swt.
Sekali lagi dalam hayat ini Allah swt mengizinkan kita untuk
berada pada bulan ramadan yang penuh barakah.Rasulullah saw
menggambarkan bahawa pada bulan ini pintu syurga dibuka dan
pintu neraka ditutup. Bukan itu sahaja malah syaitan-syaitan turut 
dirantai.Apabila tiba bulan ramadhan ,dibuka pintu-pintu
syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-
syaitan.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mungkin ada yang bertanya, jika benar syaitan itu dirantai
mengapa masih ada insan yang melakukan dosa?Bahkan lebih
teruk berbanding pada bulan-bulan lain.Justeru, jangan kita lupa bahawa kita masih punyai nafsu. Berkenaan nafsu, Allah swt menyebut di dalam al-quran bagi sesiapa yang takut pada kebesaran Allah swt lalu dengan sebab itu dia meninggalkan keinginan nafsunya.
Bagi mereka itu jannatahiyalmakwa(syurga sebagai tempat tinggal).
Dan adapun orang-orang yang takut akan kebesaran tuhannya dan 
menahan diri dari keinginan nafsunya. Maka sungguh, syurgalah tempat 
tinggalnya.(An-nazi'at 79:40-41)
Mudah-mudahan kita diberi kekuatan mengharungi madrasah tarbiyah ramadan ini
hingga melayakkan kita menerima certificate taqwa. Wallahu'alam bis sawab. 

La'allakum tattaqun- Moga kamu bertaqwa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha mengasihani
Allah SWT berfirman dalam surah al-baqarah ayat ke 183,
wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan puasa ke 
atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang
sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa. 
Ayat ini dimulakan dengan ya ayyuhallazi na aamanu-wahai orang
-orang yang beriman. Prof. Dr. Hamka menjelaskan dalam tafsir
al-azhar dengan memetik kata-kata Ibnu Mas'ud RH, bahawa apabila dimulakan sesuatu ayat dengan wahai orang-orang yang beriman pastinya selepas itu akan ada larangan atau perintah yang berat. Dan perintah ini tidak boleh tidak hanya mampu dipikul oleh
orang-orang yang beriman tidak kisah samada C.E.O, doktor,si penyapu sampah dan
sebagainya. 
--
Syed Qutb RH dalam tafsir fizilalil quran ketika menyentuh perihal bahagian terakhir surah
ini la'allakum tattaqun-mudah-mudahan kamu bertaqwa berkata bahawa inilah tujuan
utama puasa iaitu mempersiapkan hati untuk bertaqwa,menjadi lembut, sensitif dan
takut kepada Allah swt.Taqwa itulah yang membangkitkan kesedaran hati sehingga mahu
menunaikan kewajipan ini(puasa) demi mena'ati Allah dan untuk mendapat keredhaanNya.
Taqwa inilah yang menjaga hati sehingga tidak merosak puasanya dengan maksiat,
walaupun cuma berupa getaran hati untuk berbuat maksiat. Bahkan Syed Qutb RH
menyambung tafsirannya,orang-orang yang menjadi sasaran (orang-orang beriman)
firman Allah swt ini tahu kedudukan taqwa di sisi Allah swt. Maka taqwa merupakan 
puncak ketinggian rohani mereka dan puasa merupakan salah satu alat dan jalan 
untuk mencapai taqwa. Wallahu'alam bissawab.

Qunut nazilah-bantuan buat ikhwah palestin

Dengan Nama Allah Yang maha pemurah lagi maha penyayang

Ya ayyuhal ikhwah,ana menyeru diri ana dan semua agar kita melazami pembacaan
doa qunut nazilah. Mungkin saja kita tidak mampu ke palestin secara fizikal 
namun semoga doa kita menjadi penguat bagi ikhwah-ikhwah di palestin.
Oleh kerana tiada doa khusus yang warid dari Rasulullah saw.Di sini ana sertakan 
teks doa qunut nazilah yang biasa dibaca. Wallahu'alam bissawab.
--

 اللهم اِنَّا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, 
Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah 
kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka.
 اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم 
Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, 
selerakkan kalimah-kalimah mereka,
و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing
dari anjing-anjing kamu.
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras,
Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah Tuhan sekalian alam.
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب ,
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan
awan,tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, 
 اِهزِم الكفار , اهزم اليهود  وانصُرْنا عليهم

kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, 




tolonglah kami atas mereka.







--

There was an error in this gadget
 
Copyright © 2007 | Diseñado por Blog and Web