Terlupa berfikir

I've abandoned this blog for quiet sometimes.[Hmm...who cares then?]. Now, I decided to post sth for my very own reminder. I really mean it. Self-prescription. I would say. 

---
Al-Imam Ibnu Katsir RH ketika menafsirkan ayat 190-191 surah Al-imran membawakan satu hadis riwayat Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya. Kisah yang mengagumkan. Hadis yang agak panjang. Saya sekadar mengambil keratannya sahaja. "Setelah azan subuh, Bilal ra,masuk menemui nabi saw dan mendapati beliau sedang menangis. Lalu Bilal bertanya "Ya rasulullah, mengapa engkau menangis sedang allah telah memberikan ampunan kepadamu atas dosa yang telah engkau kerjakan mahupun yang belum engkau kerjakan. 
Beliau menjawab "wahai bilal,tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur? dan bagaimana aku tidak menangis sedang pada malam ini telah turun ayat,
"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih gantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab(orang-orang yang berakal). Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata), Ya rabb,tiadalah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha suci engkau peliharalah kami dari azab api neraka".....Salanjutnya beliau bersabda. "celakalah bagi orang yang membaca ayat ini lalu tidak memikirkan apa yang ada di dalamnya". 

Kita sering terlalai dengan dunia. Sehingga kadang-kadang kita terlupa akan main purpose of our life.Astaghfirullah...Oo,Allah the most gracious most merciful.

0 comments:

Recent Comments

Sahabat IQRA'

 
Copyright © 2007 | Diseñado por Blog and Web