Rahmat Allah. Jangan berputus asa darinya.

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Az-zumar 39 :53)

Ayat di atas jika diperhatikan dengan teliti. Akan dapat dirasai betapa lembutnya Allah ‘azzawajalla memujuk kita agar tidak putus asa dengan rahmatnya. Ketika mana kita melampaui batas dengan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah ‘azzawajalla.Tiba-tiba dengan lembut Allah ‘azzawajalla menyapa dengan firmannya “la taqnatu min rahmatillah, innallaha yaghfiru zunuuba jamii'a” janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Bahkan bukan itu sahaja. Malah Allah ‘azzawajalla menegaskan sekali lagi sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Al-hafiz Ibnu Katsir RH(wafat 774H) dalam tafsirnya menyebut berkenaan ayat ini,
Ayat yang mulia ini merupakan ajakan kepada semua pelaku ma'siat di antara orang-orang kafir dan selain mereka untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.[1]

Saudara-saudariku,
Kita semua tidak akan pernah sunyi dari melakukan dosa. Samada sengaja ataupun tidak.Maka, di saat kita tergelincir dari landasan syari'at.Segeralah kembali kepada Allah. Ketahuilah, Dia sentiasa ada untuk mengampuni. Tidak kira dosa itu setinggi awan dilangit atau sebesar dunia.Firman Allah 'azzawajalla dalam hadis qudsi riwayat Imam at tirmizi RH(wafat 279H). "wahai anak adam, sekirannya engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku,akan aku ampuni.[2]
Imam Tirmizi RH berkata, hadis ini hasan shahih. Wallahu'alam.
--------------------
[1] Tafsir ibnu katsir, pustaka imam asy-syafi'i, jilid ke 8, 
[2] Hadis ke 42 Arba'in An nawawiyyah, Allah pengampun segala dosa

4 comments:

Syed Alhafiz b Syed Hashim said...

InshaAllah artikel ini akan disiarkan dalam risalah BEST ar razi,KTDI edisi ke-2 ruangan "aku dan Dia".Mohon teguran andai ada kesilapan. Jzkk

KTDI,Cheras
29-10-2011

Anonymous said...

tgh berusaha nk aplikasi..tgh dwon sgt2,sbb result kot..hmm..apa2 pun,mhon doa agr trus istiqamah..

Syed Alhafiz b Syed Hashim said...

saudara/i Anony pelajar perubatan UKM?

InshaAllah,

Ayuh kita renung kembali, berapa banyak ni'mat yang allah kurniakan pada kita dalam hidup ini.
Kata Allah dalam surah Ar rahman,
"fabiayyi aala irabbikuma tukazziban"
makani'mat tuhan yang manakah kamu ingin dustakan?

justeru,
InshaAllah kita masih diberi peluang untuk reseat(andai anda pelajar medic ukm).

barangkali saja ini ujian buat kita agar kita kembali dekat pada ALlah.

Reseat bermaksud anda akan kembali belajar perkara yang sama. Percayalah, ia mungkin pelajaran yang sama,tapi anda akan mendapati terlalu banyak ilmu yang baru padanya.

Wallahu'lam.

note : saya juga menghadapi perkara yang sama.

JKM,Tanjung Karang
31-10-11

Anonymous said...

jzkklh ats peringatan. hrap tiada sangkaan buruk kpd Allah. ini yg terbaik buat saya,saya redha.

Recent Comments

Sahabat IQRA'

 
Copyright © 2007 | Diseñado por Blog and Web