Fahjur- maka berhijrahlah

Bismillah. Demikian kita melihat. Tatkala, tubuh ummat ini seakan dibius. Hampir saja reseptornya hilang deria terhadap izzatul islam(kemuliaan islam). Lemah dan longlai. Wahyu dari langit seperti tiada kesan di jiwa. Media massa terus menerus melambakkan hiburan-hiburan hingga anak kecil yang sedang membesar tiada lagi punya upaya membezakan antara hak dan batil. Institusi kekeluarga hilang fungsi utamanya untuk "membentuk". Lalu si anak kecil terus membesar dalam sistem kejahilan. Akhirnya, mereka ini memenuhi ruang lingkup pimpinan. Mengemudi satu bahtera ummat.
Ikhwah-akhowat yang ku kasihi,
Tiba masa kita menolak kebelakang segala keperluan kita. Da'wah ini memerlukan syabab yang meletakkan redha Allah sebagai tujuan. Yang mengatur susun langkah dengan ikhlas hanya untuk dan kerana Allah.Yang sedia berkorban demi melihat da'wah ini terus mewarnai jiwa ummat.Infiruu khifaafan wa tsiqaalan(berangkatlah di masa senang dan susah).
Ayuh!! وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ"dan perbuatan dosa tinggalkanlah" - (al-mudassir 74:5).
Kata Imam ibnu katsir RH,maksud ayat ini ialah"iaitu tinggalkanlah kemaksiatan".
Wallahu'alam.
 --
Note : Barakallahulakuma wal barakah buat akhi saiful dan ukht farhana yang melangsungkan walimah pada tengahhari semalam.

0 comments:

Recent Comments

Sahabat IQRA'

 
Copyright © 2007 | Diseñado por Blog and Web