Denggi bukanlah satu medical jargon yang baru bagi penduduk di malaysia. Bahkan anak-anak kecil disekolah juga barangkali pernah mendengar tentangnya. samada iklan di televisyen, corong radio atau aktiviti foging(semburan asap bagi membunuh nyamuk dewasa) di kawasan-kawasan yang terdapat kes denggi.
Bagi seorang physician mungkin sudah muak mengendali kes ini. Bagi medical student pula iainya satu penyakit must know yang mempunyai kecenderungan besar ditanya ketika ujian observe long case.
Jangkitan denggi terdapat beberapa peringkat iaitu febrile,critical dan recovery. Pesakit denggi biasa(febrile phase) akan datang dengan gejala demam, sakit kepala(terutama di bahagian belakang mata), sakit-sakit otot, sakit-sakit sendi dan juga bintik-bintik merah di kulit(petechiae). Selalunya ianya akan sembuh dalam masa 2-7 hari.
Namun, bagi sesetengah pesakit, jangkitan denggi boleh pergi kepada peringkat critical. Di peringkat ini, cecair dalam darah akan keluar dari salur darah dan boleh masuk ke dalam ruangan abdomen, paru-paru,jantung dan ruangan-ruangan lain yang membenarkan cecair berkumpul. Kesannya cecair dalam darah akan kurang dan tekanan darah menjadi lemah. Akhirnya, darah akan kurang sampai ke organ-organ di dalam badan. Dan boleh menyebabkan organ cedera atau rosak.
Justeru amatlah penting bagi seorang doktor untuk mengesan "warning sign of dengue" iaitu tanda-tanda amaran/keseriusan denggi sebelum jangkitan denggi menjadi lebih teruk seperti demam denggi berdarah yang bahkan, berkemungkinan membawa kepada kematian.
Nah, justeru seorang murabbi juga demikian. Harus bertindak seakan doktor untuk memeriksa "warning sign" yang dialami mutarabbi nya. Tatkala, mutaba'ahnya menampakkan kemurungan. Kehadirannya ke halaqah semakin hambar. Gerak da'wahnya seakan lesu. Hadir ke program dirasakannya berat. Bukankah ini gejala awal kefuturan yang jika tidak dirawat dari awal akan menjadi serius?
Juga bagi diri si murabbi itu sendiri, harus untuk memeriksa warning sign pada dirinya.
Ikhwah dan akhwat sekalian,
Lihatlah kepada Hanzalah ra. yang satu ketika merasakan dirinya munafik dek kerana terlalu gembira bersama keluarga.Juga saidina Abu Bakar Ra. Bukankah mereka ini telah merasai warning sign pada diri mereka sehingga terlebih dahulu menemui Ar rasul bagi mendapatkan rawatannya?
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.
“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar
“Wahai Abu Bakar, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”
“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”
“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.
Saidina Abu Bakar terkejut.
“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”
Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.
Hati mereka gementar.
Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.
“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”
Rasulullah bertanya. “Kenapa?”
“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”
Rasulullah tersenyum.
Lantas baginda bersabda,
“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. – HR. Muslim
wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment